Posted by Sir Marcello on Saturday,9 July, 2011 in Jurnal Amatur
Rasa meluat, bengang, marah dan sebagainya wujud dalam setiap jiwa warga kota. Belum sampai pada harinya, pelbagai propaganda dimain-mainkan. Email dan khidmat pesanan ringkas memainkan peranan meyebarkan cerita-cerita karut. Perintah darurat (state of emergency) digembar-gemburkan. Apa ini kebodohan alaf baru?
Semalam, pelbagai email dan sms (mahupun bbm) datang menerjah, menfitnah mahupun merekayasa imiginasi melampau. Dari isu roadblock, jalan ditutup, pendemo dan pelampau akan dibantai, tembakan peluru hidup menjadi bahan bualan. Lebih kurang 6-7pm, segerombolan peronda berjaket biru dari Jalan Travers melalui Jalan Pantai Baru menyusuri jalan raya menuju ke daerah yang tak pasti. Warga kota kelihatan kalut melarikan diri dari sebarang kemungkinan. Keadaan huru-hara seketika, sesak ditengah ibu kota melarat ke lebuh raya berdekatan.
Banyak mata yang memandang dan banyak juga tangapan negatif terbit di kotak minda masing-masing. Bagaimana dengan ekspatriat? Pelancong mahupun pelajar dari luar negara? Apa terlintas di dalam hati mereka? Bagaimana dunia yang sfera ini melihat kita? Spekulasi, imiginasi dan konklusi mudah bertitik noktah tanpa tahu apa cerita sebenar.
“A large street demonstration in Kuala Lumpur advocating election reform (under the banner Bersih 2.0) is planned for Saturday 9 July. Demonstrators are planning to make their way to Stadium Merdeka from several points around the city. The authorities have announced that a number of roads within the city will be closed to vehicles. Roadblocks on the main roads into the city centre have also been set up. Three bus stations within the city will be temporarily closed and passengers on inter-city coaches to Kuala Lumpur will be required to disembark on the outskirts of the city. There is also a possibility of disruption to other forms of public transport. The situation remains fluid and you are advised to monitor the local press for developments and be vigilant if travelling in the city centre on 9 July. Yellow t-shirts are a symbol of Bersih 2.0. The prominent wearing of this colour on the day could be interpreted as support for the demonstration.” [source]
Bagi yang angkuh dan ego pantas memperbodohkan diri, menuntut kecerahan benda yang tak mungkin pasti. Menuntut kebebasan dalam terma demokrasi. Andai ketelusan itu wujud, mana mungkin rasuah bernafas dalam arus wang ringgit. Bagi yang tercabar, cepat benar melatah. Belum sempat ayam berkokok, sudah dibunyikan loceng di malam hari. Propaganda berterusan dari kedua-dua pihak, yang punya kuasa bijak menjahanamkan lagi keadaan dengan memutarkan iklan-iklan provokasi, menyiarkan berita sensasi.
Persoalannya, kami yang melihat ini tidak punya apa-apa? Dua pihak bertelagah, yang sakit siapa?
10 Comments
Hari raya pun tak sesak macam ni. Hehe.
Adam Roslan recently posted..Apa ‘Wishlist’ Anda?
tue lah pasal…hari raya clear jer….hahaha
hoho..panik sudahhh..
titan recently posted..PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
berpeluh-peluh ketiak dalam jammed…
sana sisni panik dibuatnya..
sayacomel recently posted..Comel Serius – License to Grill
yang kat negeri len pun panik gak…hahaha
memang menyumpah-nyumpah jek kan? huhu..
madammondoq recently posted..Melbourne City Tour
a’a…semua orang sumpah seranah…baik polis mahupun pendemo…
erm… pasal bersih… sampai harini pun isu bersih tak settle2 lagi… huhu… PRU13 dah dekat nie…
Tip Blogging recently posted..Belajar Buat Child Theme WordPress
biasalah…benda-benda macam nue takkan pernah habis~
Trackbacks/Pingbacks