Pelabur Underground

Share

“Tipu.”

Cakaplah begitu kalau kalian berjumpa dengan pihak yang menyatakan dia ada peluang pelaburan dan bisnes yang paling perfect. Bermula dari pelaburan emas & perak, hartanah, saham apatah lagi skim pelik-pelik yang banyak muncul di Malaysia. Sehinggakan beli emas pun ada yang percaya boleh dapat duit setiap bulan.

Sebenarnya tidak ada aset pelaburan yang paling sempurna. Kejayaan sesuatu pelaburan tidak datang kerana produk / aset itu sendiri. Tetapi ada banyak faktor seperti ilmu, masa dan modal.

Mari kita lihat.

Bayangkan kita ada banyak duit. Tetapi disebabkan kita kekurangan ilmu maka kita pasti sukar membuat keputusan yang terbaik untuk melabur. Malah, boleh jadi pening kepala sebab banyak sangat peluang tetapi takut kena tipu.

Begitu juga dengan masa. Sama ada ‘timing’ untuk beli atau pun masa untuk menguruskan sesuatu pelaburan. Maklumlah, kita ini orang besar dalam syarikat. Mesyuarat dan kerja sampai larut malam untuk selesaikan agenda syarikat. Mana ada masa untuk cari satu-satu pelaburan terbaik untuk diri kita.

Sama juga kalau tidak punya modal. Ilmu dah ada, masa pun ada. Tetapi duit cukup-cukup makan. Nak melabur bagaimana pula. Aduhai. Pening. Gigit bibir jelah sebab terlepas peluang.

Tapi Pakdi, ada orang cakap yang paling utama adalah tuah (luck).

Ya betul juga, sebab ini adalah definisi tuah yang saya pegang selama ini:

Skill + opportunity = luck

Saya perkenalkan rakan-rakan saya.

1. Tuan Bri; nak tahu pelaburan hartanah lelong & sekunder cari dia.

2. Zaidi Ismail; nak tahu cara manipulasi alat kewangan kawan dengan dia.

3. Ikram Adi; search sahaja di Google, pelaburan+silver.

4. Raja Kamil; nak tahu cara buat duit melalui internet inilah orangnya.

5. Wafi; hartawan silver berasaskan analisa teknikal

Mereka ini (dan saya sekali) bergabung dalam satu seminar yang dinamakan strategi pelabur underground. Saya seperti biasalah, berkongsi mengenai bagaimana prinsip kekayaan Nabi Yusuf dapat diaplikasikan dalam dunia pelaburan hari ini, khususnya berdasarkan strategi berkaitan saham indeks.

Seminar ini diadakan selama dua hari, dan kalian dapat bertemu dengan 5 lagi penceramah yang sama-sama berkongsikan pengalaman mereka.  Dengar kata ada 2 lagi penceramah jemputan untuk bagi kejutan kepada semua peserta.

Sangat sesuai kepada kalian yang mahu mendengar sedikit sebanyak peluang pelaburan yang ada di Malaysia sebelum mengambil keputusan mendalami lebih bidang tersebut dan menjadi specialist.

Tuan puan yang berminat boleh klik link di bawah untuk mendengar sendiri apa kata peserta-peserta lepas.

>> Strategi Pelaburan Underground

-

Kongsi artikel / tips di atas di Twitter dan Facebook:

Tweet
Share




spacer

Penulis; Suzardi Maulan {Pakdi} dapat membantu tuan / puan mempunyai financial statement sendiri dalam 30 minit, menyelesaikan hutang piutang dengan lebih cepat dan meningkatkan cashflow bulanan sehingga RM 300 - RM 1,000 sebulan.

Klik di sini untuk mendapatkan info lanjut.

No related posts.

{ 3 comments… read them below or add one }

spacer Ferdy May 29, 2012 at 10:39 am

Saya rasa pelaburan paling “perfect” yang saya jumpa setakat ni ialah pelaburan ILMU.

Dalam ayat pertama al-Quran diturunkan pun Allah sudah menuntut kita supaya membaca.

Reply

spacer orang baru May 29, 2012 at 11:17 pm

Buat masa sekarang ini, pelaburan yg terbaik dan selamat adalah melabur ke PNB… Pelaburan emas dan unit trust tak memainkan peranan untuk untung ,beberapa bulan ni asyik mendatar dan jatuh…je..

Reply

spacer Abdul May 30, 2012 at 12:23 am

Assalam .saya bersetuju pelaburan terbaik adalah ilmu-ilmu menghargai masa..masa hidup didunia..namun banyak ilmu taknak berkongsi..rugi dunia akhirat,kalau ada ilmu -beramallah..tanpa beramal sia2 aje ilmu tu spacer

Reply

Cancel reply

Leave a Comment

Previous post: $90,717 Hutang Pendidikan Selesai Dalam 7 Bulan

Next post: Aliran Tunai Dah Positif, Apa Patut Saya Buat?

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.