Servis

spacer Assalamualaikum semua. Di sini ija umumkan tempahan raya telahpun ditutup awal bulan 5 lepas. Tempahan selepas raya masih dibuka luas. Buat yg sudi bertanya terima kasih banyak banyak. Sangat sangat menghargai.

Perkhidmatan yg disediakan:

  1. Menerima tempahan jahitan pakaian wanita dan kanak-kanak.
  2. Menjual kain pasang dgn harga yg murah dan menerima tempahan mengikut saiz anda dan anak anda.
  3. Menjual baju siap. Gambar akan diupload dari masa ke semasa.
  4. Menerima tempahan jahit tepi.
spacer


Senarai harga:

  1. Baju kurung RM30.
  2. Baju Kurung Pesak Gantung/Pahang RM 35.
  3. Baju Kurung Moden RM40(tanpa lisu) RM45(dgn lisu).
  4. Baju Kebaya RM50.
  5. Baju Kedah moden RM35.
  6. Baju Kurung Kedah RM 30.
  7. Baju Kurung Kanak-kanak bawah 6 tahun RM15.
  8. Baju kurung kanak2  6 tahun ke atas RM20.
  9. Baju Melayu Kanak2 seluar getah RM15-20.
  10. Baju kurung sekolah rendah RM20.
  11. Baju Kurung Sekolah Menengah RM25.
  12. Jubah RM 35.
  13. Maxi berlisu RM 40
  14. Tempahan jait tepi RM3 Sepasang.

Nota: 

  • Tambah mata lalat RM5
  • Tambah lis/piping RM5
  • Tambah Linning RM20 (baju RM10 Kain RM10)
  • Tambah zip sembunyi RM 5 (sbb zip mahal n susah nak jait)

25 Responses to Servis

  1. spacer Mekar says:
    01/15/2012 at 11:27 pm

    Salam.
    Murah juga ya tempah baju kurung RM 30 spacer
    pst : Macamana nak ambil ukuran?

    Reply
    • spacer faizah says:
      01/16/2012 at 6:09 am

      Salam puan =).

      Terima kasih hehe..saya baru jer set-up hehe…kira puan orang pertama visit blog nie sebelum di announce kan hehe…SPECIAL DISKAUN! untuk puan =)

      Untuk tempahan puan boleh refer menu:
      faizahtailor.com/cara-tempahan/

      InsyaAllah kami usahakan yang terbaik =)

      Reply
  2. spacer surianah says:
    01/18/2012 at 10:01 am

    klu saya nak tempah gak…dapat diskaun juga ek…org ke2 la kata kan….

    Reply
    • spacer faizah says:
      02/06/2012 at 11:45 pm

      Bergantung kepada promosi. So keep visit my blog yer =).
      Hehehe Takpun belila apampolkadot and get 10% diskaun tuk tempahan baju =)

      Terima kasih.

      Reply
  3. spacer yanazaire says:
    01/18/2012 at 10:09 am

    Harga mmg berpatutan…susah nak dapat harga mcm ni kat kl…kalo tempah berapa lama blh siap…kalo bg baju contoh blh jg kan…

    Reply
    • spacer faizah says:
      02/06/2012 at 11:46 pm

      Mekasih mekasih =)

      Berapa lama boleh siap bergantung kepada cstmr. Sapa yg bg tarikh bila nak ija akan make sure baju siap pd tarikh yg ditetapkan. Mostly minimum sehari sepasang tu kalau buat keje main mainla maximum sehari 4 pasang tu time nak dekat raya hehehe. Baju cth sangat2la dialu alukan… =)

      Terima kasih

      Reply
  4. spacer Naz says:
    01/18/2012 at 10:28 am

    Waahhh~ tahniah kak buka blog camni. Murah sangat harga tempahan baju tu….

    Reply
    • spacer faizah says:
      02/06/2012 at 11:43 pm

      He He He yeke. Mekasih. Bolehla dik cari duit byr ptptn. Tak bayar kang kena saman. Huh hu hu

      Reply
  5. spacer faizahtailor says:
    02/16/2012 at 10:59 am

    Special untuk kengkawan semua ija ada buat perkhidmatan penghantaran dan pengambilan bagi anda yg tinggal berdekatan. Kalau ija dapat cari rumah ija cari kalau tak kita jumpa kat pick up point tertentu antaranya shoping complex tertentu spt wangsa walk, care4 wangsa maju, Giant setiawangsa, Jusco setiawangsa and stesen2 LRT. Cas yg dikenakan RM10. Boleh kongsi dgn kengkawan. Tapi buat yg nak jumpa ija dpn kem tak kisahlah ikut pintu masuk kem kementah kat jln semarak atau dtho kat setiawangsa its free. Sebab ija tau mesti org malas nak masuk kat dlm kem. Malas nak bersoal jawab dgn abang2 polis kat depan tu. Its their duty. Keje senang tp tanggungjawab besar sangat. Tabik pakcik polis… toin toin. ok ya tak dapat lelama keje banyak…

    Reply
  6. spacer Atika Oksana says:
    02/27/2012 at 12:39 pm

    Assalamualaikum , kalau kat sini kain akak yang sediakan atau penempah yang bagi ?

    Reply
    • spacer faizah says:
      02/27/2012 at 4:00 pm

      Waalaikumussalam.. Akak ada jual kain tapi nak upload gambar camera problem pulak. Kalau nak datang tengok boleh je. Harga antara RM10-RM15.Lagi puas hati. Boleh pegang2 rasa2. Kalau tengok kat gambar takut tak puas. Nak habiskan stok ni dulu. Kalau nak hantar kain sendiri boleh je. Mostly cstmr hantar kain sendiri. Jual kain ni sambilan je. suka2.

      Reply
  7. spacer izzah says:
    04/09/2012 at 1:22 am

    salam kak, if nak tmpah banyak leh dpt diskaun x? tq spacer

    Reply
    • spacer faizah says:
      04/09/2012 at 11:02 am

      Insyallah boleh dik.

      Reply
  8. spacer zalyana says:
    04/17/2012 at 2:32 pm

    nk tnye la..bole buat br nyusu tk?utk ry thn ni trm lg tak?

    Reply
    • spacer faizah says:
      05/01/2012 at 10:55 am

      br nyusu tu baju nyusu ke bra nyusu.??? kalau bra ija tak pandai. kalau baju in case ada cth bolehla sbb designnya mcm2. Kalau ija, ija suka letak zip senang nak bukak. almaklumlah my anak kekadang tu tak menyempat2 melalaknya mengalahkan mangsa kebuluran.

      Reply
  9. spacer Cik Anna says:
    04/24/2012 at 10:44 pm

    Assalam puan, boleh minta rekemenkan siapa2 yg boleh ambil tempahan baju Melayu ye. Tq sgt2 ye =)

    Reply
    • spacer faizah says:
      05/01/2012 at 10:52 am

      dlm facebook ce search mummykiss luvsewing. ce tanya kak fid. rasanya dia boleh buat.

      Reply
  10. spacer nur says:
    04/26/2012 at 7:30 pm

    Klu nak pi jumpa kat mana2 n nak ukur utk baju kurung biasa boleh? Tp nak pakai 20th May.. Sempat tak?

    Reply
    • spacer faizah says:
      05/01/2012 at 10:51 am

      boleh je.Nanti sms ya

      Reply
  11. spacer nora says:
    05/10/2012 at 4:43 pm

    salam akak, sya dk dtho.. ada la 1 kedai jht kat dtho dia ambik baju kurung rm45.. upah.. so lain kali sya nk jahit ngan akak la.. tp xtau lak kat mana kedai akak.. kat kawasan kem, kwsn umah pegawai, kwsn mana ya kedai akak.. tq

    Reply
    • spacer faizah says:
      05/11/2012 at 8:03 am

      Assalamualaikum… Akak buat bsnss kat rumah je dik. Dtgla rmh. Blok pegawai (blok hijau putih dpn padang bola). adik masuk ikut jalan laksamana, terus je menghala ke pintu keluar kem kementah lepas blok h akan jumpa blok hijau putih (tempat org ambik mata air tu) simpang ke 2 sblm padang bola selepas padang mainan. In case tak jumpa nanti sms akak.

      Reply
      • spacer nora says:
        05/11/2012 at 9:32 am

        owhh.. kenal.. kalau baju budak umur 1 tahun brapa kak?
        langsir kak ambik..?

        Reply
        • spacer faizah says:
          05/11/2012 at 9:36 am

          baju budak Rm15. Langsir buat masa ni akak tak ambik. Susah nak potong. Anak suka pijak kain. lagipun skrg ni tempahan raya dah masuk. so memang tak sempat la. Dik boleh masuk fb akak(faizahtailor) senang nak chat. sini susah skit. hehehe

          Reply
  12. spacer Dhamira says:
    05/23/2012 at 8:53 am

    Assalamualaikum,

    Sy nak tempah dlm 2-3 pasang kurung biasa utk keje. Agak nye brape lama boleh siap ye paling cepat?

    Reply
    • spacer faizah says:
      05/23/2012 at 12:48 pm

      Waalaikumussalam. Buat masa ni tempahan tuk bulan 5,6,7,8 memang penuh. Tapi kalau selepas raya kosong. Kalau kurung biasa 2 pasang mostly dlm sehari bergantung kpd keadaan dan jenis kain.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a class="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>