Mengenai Kami

Posted on May 3, 2011 by admin

spacer RUMAH KASIH HARMONI merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi seramai lebih 40 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu tunggal dan golongan yang layak menerima zakat (Asnaf Zakat).

RKH mula beroperasi pada tahun 2009 di sebuah rumah lot tepi di Taman Seri Keramat, Kuala Lumpur.

Setelah setahun beroperasi, asrama RKH ini telah berpindah ke Bandar Country Homes, Rawang kerana pemilik rumah telah menjualnya. Maka berpindahlah RKH ke sebuah rumah Banglow di alamat: No. 12A, Jalan Desa 8/5, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.

Setahun lebih beroperasi, atas beberapa masalah, asrama ini dipindahkan pula ke sebuah rumah lot tepi hinggalah sekarang ni di: No. 1, Jalan Desa 13/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang, Selangor.

spacer Pengurus: USTZH NOREHA BT. MOHD. SARIB

HP: 019-3133430 /017-3494313

Posted in General | 2 Comments

Special Thanks To Charity Sota Travel =)

Posted on March 18, 2012 by admin

Salam semua,

Dah lama tak update blog nie yer…semua Krew Rumah Kasih Harmoni sibuk sikit sekarang…
spacer

Beberapa hari yang lepas ada seorang hamba Allah telah baik hati untuk offer RM2 untuk setiap orang yang register dengan:

charity.sota.travel/

RM2 tersebut akan didermakan kepada Rumah Kasih dan beberapa lagi rumah kebajikan yang lain.

Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi mengurangkan bebanan anak-anak kecil ini =)

Kepada kawan2 semua, diharap dapat menjemput kawan2 lain untuk register dan semoga jasabaik tuan2 akan diberkati. Amin

Posted in Blog, General | Tagged anak yatim | Leave a comment

KEMBALI KE SEKOLAH “BACK 2 SCHOOL”

Posted on October 20, 2011 by admin
spacer

Kelas Siti Fatimah

 

SUMBANGAN UNTUK KEPERLUAN RUMAH KASIH HARMONI : KEMBALI KE SEKOLAH
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Rumah Kasih Harmoni (RKH) telah pun mula beroperasi pada Januari 2009. Selain dari menjaga 40 anak-anak yatim, fakir miskin.

Continue reading

Posted in General | Leave a comment

Program Pancing Amal untuk tabung RKH

Posted on September 16, 2011 by admin

SALAM HARI MALAYSIA.

Hari ini Warga RKH akan berangkat ke Port Dickson atas tajaan Hotel Chorus Paradise dalam program Pancing Amal. 

Marilah bersama-sama menjayakan program ini. Tak pandai memancing tidak menjadi masalah, anda boleh menyumbang dengan cara lain dalam untuk program ini. 

Keterangan lanjut sila hubungi pengurus program:

En. Hazmal Hassan di talian: 019-9883284 atau BB pin: 26962F20

Posted in General | Leave a comment

Jemputan Ke Majlis Berbuka Puasa Amal RKH 13 Ogos 2011

Posted on August 7, 2011 by admin

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis dan sambil2 kita beramal. Jumpa anda disana, InsyaAllah….

spacer

Posted in General | Leave a comment

JEMPUTAN: Majlis Makan Amal

Posted on June 21, 2011 by admin

Assalammualaikum wrt.wbt.

JEMPUTAN MENGHADIRI DAN MENYUMBANG UNTUK MAJLIS MAKAN AMAL

Dengan segala hormatnya, kami ingin menarik perhatian Tuan/Puan berhubung perkara di atas.

2. Butir-butir lanjut mengenai program tersebut adalah seperti berikut :-

TARIKH: 16 hb Julai, 2011 (Sabtu malam Ahad)
MASA: 08.00 malam hingga 11.00 malam
TEMPAT: Kompleks Sukan Datok Keramat, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur

3. Matlamat majlis ini di adakan ialah untuk mengisi tabung bagi membiayai keperluan pelbagai golongan yang kami naungi di antaranya golongan anak yatim, fakir miskin, ibu tunggal, asnaf zakat, pesakit2 yang tidak berkemampuan serta mereka yang memerlukan bantuan lahiriah mahupun insaniah.

4. Majlis ini akan dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan oleh kumpulan anak-anak kami dan juga daripada Rumah Siraman Kasih dan Rumah Permata Rohani.

5. Kami mengalu-alukan sebarangan sumbangan samada dalam bentuk wang ringgit, barangan, makanan dan sebagainya.

6. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut mengenai maljis, sila hubungi :-

Continue reading

Posted in General | Tagged anak yatim, asnaf zakat, rumah amal, rumah kebajikan | Leave a comment