spacer Artikel Terkini

jejakusahawan.com is a Premium Domain Name

spacer 12 Feb 2012 spacer Wizurai & Co. spacer 4 Comments

spacer Dulu domain ni aku yang daftar dengan Godaddy sejak 23-11-2007. Kemudian tahun lepas 2011 aku buat keputusan malas tak nak renew. Sebabnya, aku lama dah tak update apa-apa dalam blog tu.

Tadi sesaje check domain availability tu kat Godaddy. Wow, terkejut aku domain Jejakusahawan.com tu dapat status PREMIUM dengan harga $280.

Beli dan renew domain dengan Godaddy ni memang berbaloi sangat. Boleh dapat harga yang sangat murah. Baru-baru ni renew Wizurai.com cuma $6.58.

spacer

Rumah Lelong Langkawi

spacer 11 Jan 2012 spacer Wizurai & Co. spacer 6 Comments

spacer

Aku akui bahawa aku tak pernah ke mana-mana seminar hartanah. Aku memang jenis yang tak suka pergi seminar walaupun masa di Universiti dulu selalu anjurkan seminar percuma oleh pihak fakulti, aku malas malas nak sertai. Setahun-dua kebelakangan ni, minat mendalam aku terhadap hartanah tiba-tiba datang. Disebabkan tu, blog jutawan hartanah ni aku baca beberapa tahun dulu setiap entri dari mula sampai khatam. Tahun lepas pulak aku jumpa blog bro handsome ni, aku baca dari entri pertama sampai khatam sehingga bandwith blog beliau kehabisan!!

Walaupun aku tak pernah ke seminar hartanah, aku selalu baca blog berkaitan topik hartanah. Aku jugak pernah sekali join TT kat Ramal Junction. TT ni selalu dibuat oleh sifu Pie dulu. Jadi sebagai silent reader blog beliau, dengan jarak sekangkang kera dari Serdang aku turun ke sana sehinggalah jumpa dengan otai-otai hartanah seperti macha bri (pangilan manja tuanbri) dan juruukur, yang mana aku jugak selalu follow blog mereka ni.

Okey, berbalik pada kisah aku, baru-baru ni aku telah menyertai satu lelongan untuk 1 unit apartment di Langkawi. Jauh betul pilihan kalbu. Sebelum ni aku pernah ke Hotel Istana merasai suasana acara lelongan mega oleh CIMB Bank. Dapat RM100 walaupun tujuan aku bukanlah untuk jadi wakil pada hari itu, namun ada yang komen bahawa “Inilah Melayu, RM100 pun sanggup…….bla… bla… bla”. Jadi, setelah aku terjumpa entri Puan Farazila, RM100 untuk ‘duit minyak’ juga dikenakan beliau. Jadi dalam kes aku hari tu, takkan aku yang datang untuk belajar A to Z tentang acara lelongan nak terima RM100 pun jadi satu isu dari pengomen yang mengunakan alamat email palsu? Alahai…..

Seperti yang biasa, langkah pertama adalah dapatkan Proclaiming of Sale dan Condition of Sale. Bila baca POS dan COS ni, semua tunggakan termasuk maintenance fees bank yang cover. Dalam kes-kes tertentu bank cuma cover cukai pintu dan cukai tanah sahaja. Biasanya rumah apartment ni tentu ada yuran penyelenggaraan atau maintenance fees ni lebih-lebih lagi kalau siap dengan kolamnya lagi. Harga rezab dia 75% dari harga pasaran. Aku tanya bank, dia cakap ada sorang lagi bidder, tu pun kawan dia jugak yang kerja sebagai ejen. 50-50 masuk atau tak.

2 hari sebelum acara lelong, aku ke Langkawi. Naik bas aje. Biasanya aku naik Sani Express je sebab dia on time, kerusi pun sedap dan selesa berbanding naik AirAsia untuk ke Langkawi. Sampai Langkawi, ayah mertua aku ambik. Aku balik sorang aje, anak bini kat Serdang la. Hoho. Tinggal diorang untuk kali pertama. Anak aku kecik lagi, baru 8 bulan masa tu.

Teruskan membaca

Edisi Siasat – Buat Duit dengan Agoda

spacer 14 Dec 2011 spacer Wizurai & Co. spacer 4 Comments

Agoda. Aku tak pasti sama ada korang pernah dengar tak atau tahu mengenai Agoda ni. Pada yang dah tau, takpelah tapi bagi yang tak tahu aku buat satu topik tentang Agoda yang tajuknya bermula dengan ‘Edisi Siasat‘ macam super blogger Titan punya tajuk. Hoho!

Mari mulakan dengan apa itu Agoda? Ada apa dengan Agoda?

Agoda merupakan perkhidmatan tempahan hotel dalam talian yang utama dan paling pantas berkembang di Asia. Tumpuannya adalah untuk memperoleh dan menyediakan harga terendah bagi hotel yang tersedia di setiap destinasi di seluruh dunia. Jangkauan Agoda dalam rantau Asia Pasifik tidak dapat ditandingi, dengan ketersediaan serta-merta di lebih daripada 24,000 hotel. Dan sebagai sebahagian daripada Priceline.com, hubungan kami adalah global, membolehkan kami menawarkan harga terendah di lebih daripada 163,000 hotel di seluruh dunia. Tersedia dalam 37 bahasa berbeza, Agoda telah memberi perkhidmatan kepada berjuta-juta pelancong dalam sejarah 10 tahunnya dan berkongsi ulasan dan pengalaman ratusan ribuan di laman webnya.

Yang kat atas ni tentang Agoda. Panjang lagi kalau nak copy paste. Apa yang boleh aku ringkaskan, Agoda ni tempat bagi korang nak dapatkan harga bilik hotel yang lebih murah. Kadang-kadang lebih murah berbanding melalui travel agency, lebih murah berbanding tempah melalui website hotel tu sendiri dan lebih murah berbanding beli walk-in di kaunter hotel. Tapi ada jugak terlebih mahal sebab pihak hotel boleh main harga melalui setting dalam akaun pemilik hotel berkenaan dalam Agoda ni.

spacer

Teruskan membaca

Page 1 of 4312345678910»...Last »
  • promo terkini

  • Kategori

    • Aktiviti
    • Art Event
    • Community
    • Download
    • Ebook
    • Filem
    • Flickr
    • Google
    • Hiburan
    • Hosting
    • Isu Semasa
    • Jalan-jalan Cari Pasal
    • Kewangan
    • PayPal
    • Perniagaan Internet
    • SEO
    • Software
    • Tutorial
    • Website
    • Wizurai & Co.
    • Wordpress
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.