• ENGLISH
  • MALAY
  • 中文
  • தமிழ்
  • IKUTI KAMI
  • HUBUNGI KAMI
  • KENALI KAMI
  • Carian
  • |
  • RSS
  • |
  • Mobile
  • |
  • New Media School
  • |
  • Iklan
  • UTAMA
  • BERITA
  • KOLUM
  • SURAT
  • VIDIO
  • CJ.MY
  • MAP
  • spacer PROPERTY
  • spacer CARS
  • spacer PEKERJAAN
  • BOOKS
spacer
Jutawan: Chin Peng okay, tapi mahu balik
spacer 6:43PM Okt 4 2011  
Jutawan Perak Koon Yew Yin telah bertemu dengan Chin Peng di Bangkok dan mengesahkan bahawa laporan akhbar yang mendakwa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu sebagai tenat adalah tidak benar.

"Kedua-dua gambar (atas dan bawah, kanan) membuktikan bahawa Chin Peng masih hidup," kata Koon dalam satu kenyataan melalui e-mel hari ini.

spacer Koon berkata beliau bercuti di Bangkok dengan rakannya Yap Lim Sen, yang kebetulan adalah kenalan keluarga lama Chin Peng.

Apabila dimaklumkan mengenai kesihatan Chin Peng, Yap mengaturkan satu majlis makan malam dengan bekas pemimpin komunis itu di Hotel Novotel pada Ahad lalu.

Koon melaporkan bahawa Chin Peng masih rindu untuk kembali ke Malaysia untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan masih mengikuti perkembangan semasa negara ini.

"Di bawah dasar 1Malaysia, Chin Peng berharap kerajaan akan membenarkan beliau untuk kembali ke negara ini untuk membuktikan tiada dendam disimpan terhadap PKM kerana kedua-dua pihak menentang musuh kolonial yang sama.

"Ia juga akan menjelaskan salah faham dan tanggapan serta putar belit yang telah melanda pemahaman kita di masa lalu dan meletakkan persediaan asas untuk perpaduan kaum dan solidariti," kata Koon.

spacer Beliau juga melahirkan rasa kebimbangannya mengenai polarisasi kaum yang semakin melebar dan berharap kerajaan akan menunjukkan belas kasihan dengan membenarkan Chin Peng kembali ke negara kelahirannya.

Koon (kiri) adalah pengasas IJM Corporation, Gamuda Bhd dan Mudajaya Group Bhd dan juga seorang dermawan.

Beliau pernah cuba untuk menderma RM30 juta untukpembinaan asrama pelajar Universiti Tunku Abdul Rahma (Utar) tetapi ditolak kerana universiti itu tidak dapat bersetuju dengan beberapa syarat yang dikemukakannya.
PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
SHARE THIS STORY
Tweet -
CARTOONKINI
spacer
© Malaysiakini. All rights reserved.
English   |   Malay   |   中文版   |   தமிழ்
gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.