3 artikel berpengaruh earcent.com

Posted on September 19, 2011 by madlut

Aku suka baca blogserius. Aku rasa cara aku tulis sekarang nie pun ada sikit-sikit pengaruh serius nak mampos. Tapi, selain blogserius, blog yang aku still follow dari zaman Mat Indera, sampailah zaman Islam Hadhari, bersambung ke zaman 1Malaysia sekarang adalah blog earncent. Almost everyday ada artikel. Tapi aku taklah baca tiap-tiap hari sebab ada juga artikel yang memang aku malas nak baca, macam artikel komisyen yang dia dapat tuh.  Asyik-asyik artikel komisyen je. Bukan aku benci, tapi aku malas sebab aku takkan dapat komisyen sedikit pun dari komisyen yang  dia dapat kalau aku baca (paham tak?). Walau maca macam pun, banyak jugak artikel lain selain artikel komisyen, yang share tips. Kat bawah aku senarai 3 artikel berpengaruh blog earncent yang aku rasa worth it untuk baca.

spacer

kredit: www.digitalmukmin.com

Continue reading

Posted in lain-lain, Umum, Uncategorized | Tagged 3 artikel berpengaruh earcent.com, artikel, contest blog earcent | 7 Comments

Barangan yang sesuai dijadikan Hadiah Konvokesyen

Posted on September 18, 2011 by madlut

Ok, bulan September dan Oktober adalah musim konvokesyen seluruh Malaysia. Namun, kisah kejayaan pelajar yang dapat 4 flat belom mampu menjadi muka depan Harian Metro melainkan jika student itu ada video klip 3gp. Jika kamu masih masih tak tahu bila tarikh konvo awek/pakwe/member baik kamu, sila tanya mereka atau boleh semak tarikh istiadat konvokesyen institut pengajian tinggi awam Malaysia. Bukan apa, takut kamu terlepas beli hadiah untuk awek, tak pasal-pasal awek kamu beralih arah.

Ok, bercakap tentang hadiah, aku tahu kamu ada masalah untuk mencari hadiah yang sesuai. Kamu perlukan hadiah, jika tidak awek/pakwe kamu yang berkonvo akan merajuk, lalu mula mengusha jejaka lain yang lebih kacak. Tapi, kamu juga kesempitan wang sebab PTPTN dah tak masuk memandangkan kamu dah tamat belajar. Tersepit antara wang dan awek/pakwe adalah masalah biasa seoang manusia. Jadi, apa perlu kamu beri sebagai hadiah konvokesyen? Aku ada cadangan!.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Tagged hadiah konvokesyen, istiadat konvokesyen, teddy bear | 2 Comments

Tarikh Konvokesyen Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia

Posted on September 17, 2011 by madlut

Aku suka hari konvokesyen. Sejak dari tahun pertama aku masuk universiti, sampai la aku sendiri berkonvo, hinggalah aku masuk balik universiti, aku sentiasa teruja dengan konvokesyen. Pesta Konvokesyen umpama kenduri kahwin besar-besaran. Hari tu akan ada ramai awek awek dan jejaka. Jejaka yang konvo akan dressing seSegak, seKacak mungkin. Awek-awek yang konvo akan dressing seCun, seAyu, seSexy mungkin.  Make up mereka lebih tebal dari hari biasa, setebal topping diatas kek choc moist mungkin. Mereka akan bawa bersama kaum kerabat sebanyak 7 keturunan. Ahli-ahli kaum kerabat 7 keturunan itu juga akan dressing smart habis. Ada yang siap tempah 1 seat warna tema. Yang bestnya,  semestinya ada awek diantara mereka yang mana bolehlah aku usha-usha..haha. Aku usha aku gembira, mak bapak mereka pun gembira. Kerana apa? Dah tentulah mereka bangga. Terpancar sinar kegembiraan diwajah mereka sebab anak kesayangan dah abes belajar. (lepas tu bolehlah kerja dan kasi meraka duit..joking!) Selain itu, akan ada upacara lambung2 member, lambung2 topi, lompat-lompat dengan jubah konvo. All that things makes convocation really interesting event for me.

spacer

kredit: Alif Ridzuan Photography

Jadi, jika kamu juga ternanti-nanti acara konvokesyen seperti aku, sila bookmark tarikh-tarik di bawah

Continue reading

Posted in Umum, Uncategorized | Tagged Institut Pengajian Tinggi Malaysia, Istiadat Konvokesyen 2011, Universiti sains Malaysia | 5 Comments

Sekadar Pandangan untuk Harimau Malaya

Posted on July 29, 2011 by madlut

Rasa tak best jugak lah bila Pasukan Malaysia Harimau Malaya kalah di tangan singa tadi. Masa tengok perlawanan pun rasa geram nak mampos dengan mutu persembahan ditambah dengan aksi lakonan dan juga perkara yang dibuat-buat oleh team lawan untuk melambatkan permainan. Continue reading

spacer
Posted in lain-lain | Tagged bola sepak, Keputusan Perlawanan malaysia vs singapore, Malaysia, Tanah tumpah darahku | 5 Comments