Tentang FT

spacer

Assalamualaikum dan salam sayang. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Buat kawan2 yg mengenali “hai lama tak dengar citer??? sudi2la sms”. Buat yg baru dikenali ” selamat berkenalan”.

Baru je nak berjinak jinak dgn laman sesawang ni. So, sorryla kalau laman ni still tak menarik lagi. Menjait ni memang minat saya dari kecik lagi.

Saya start menjait sekolah rendah. Tak ingat dah umur berapa. Masa tu tolong2 mak. Mak time nak raya diala orang yg paling busy. Dgn tempahan kuih rayanya tempahan baju rayanya dgn kambing2 kesayangannya pokok getahnya so kami adik beradiklah yg sentiasa menghulurkan tangan membantu. Kok tak nak pun terpaksalah jua. Gitulah alkisahnya.

Masa memula tu mak bg kitorang sembat je. Pastu ajar jait. Bila dah mahir jait baru ajar potong. Itupun mak dok depan pegang pembaris satu. Salah ukur kenala ketuk dgn pembaris tu belum masuk dgn bebelnya lagi. Lama lama bila kitorang dah bebetul mahir barulah kitorang ambik alih semua. So mak tumpu kat kuih raya dia je.

Saya start buat bsnss ni secara serius waktu anak sulung saya setahun. Sekarang dia dah 5 taun. Anak ke2 saya dah setaun yg ke3 jgn tanya. Yg ada ni pun terpekik terlolong saya dibuatnya. Saya memang minat gile ngan menjait ni.

Ingat lagi masa memula masuk uia dulu nak keluar sebab nak masuk sekolah menjait Dian Training Center kalau tak salah saya. Dah packing barang sbb saya tak minat belajar tambahan kat uia tu sume bahasa omputih manalah budak kg mcm saya ni tau dahla muet pun phel. Kengkawan saya yg sama masuk pun banyak yg cabut cari unibesiti lain. Saya pun nak cabut gak masuk skolah menjait. Dah cakap ngan mak, skali dia p ckp ngan pak sedara saya yg amat saya takuti lg geruni. Dia dtg jumpa saya kat uia bagi ceramah free terus tak jadik cabut. ‘A’ kata dia ‘A’ lah jadiknya takda orang berani bangkang de.

Tapi dalam tu saya still bercita cita nak masuk skolah menjait. Ikat perut kumpul duit tapi tak pernah berkesempatan clash dgn jadual sana sini sampailah saya tamat belajar. But acctually saya bersyukur dpt masuk uia. Banyak yg saya belajar. Dari bencikan politik saya jatuh hati dgnnya. But it dsn’t mean i wanna involve into it. I just love to learn.

Tulah don’t judge my laman sesawang by looking its cover. Kenali dulu baru judge . Thanks tu Fizah Hosnon kerana menarik saya utk belajar politik. Beb! aku banyak mimpi pasal ko. Mana ko  menghilang yee. You are the best friend in da world. Tak lupa jugak buat Siti Nordiana Bt Ahmad Ruslan mekasih kerna kenalkan aku dgn Syah. The best husband n daddy in da world. Dah tercapai ke cita2 ko nak jadik lecturer?? Dan buat saibah, lina, ziana, jiah, dan semua kengkawan i really miss all of you. Semoga korang bahagia dimana jua korang berada. In case korang termasuk laman ni hubungilah aku beb. Really really really miss all of you. eh dah jadik jejak kasih le pulok….. hehehe sorry. manala tau kot kot dorang terbaca nak call numbr takdak wuuu.

Mesti ramai yg tertanya tanya”dah ada degree nape tak keje” Jawapan saya mana masuknya apam polkadot kalau tak ke mulut.” Mestilah saya ikut jejak mak saya.

Tulah korang kalau anak minat sesuatu yg baik ikut je jgn paksa dia ikut cakap kite. Bkn kita tau pun yg terbaik utk dia. Kan dah tak pasal2 aku kena bayar kat 30 hibu hinggit. Pastu degree simpan buat sejarah. adoai nasib nasib

Saya sayang dgn anak2 saya. Sayang sangat2. Dorang demam pun saya dah rasa cam nak mati. Bkn senang nak dapat sorang pun. Hanya tuhan yg tahu berapa bnyk dugaannya. Saya takut kalau saya bg kat orang sempurna dapat balik cacat. kok mati lain citer. Paling kuat saya nangis bagai nak gila kalau cacat tak ke menyesal seumur idup. Memangla org ckp tawakal je la but not for me nak dapat sorang pun bnyk dugaan biarlah saya yg jaga.

Lagipun kesian kat anak dahla nak jumpa dady pun susah dady p keje dorang belum bangun balik pulak dorang dah tido tak kan ibu pun sama. Sian dorang macam takdak mak ayah. Ada jgk org ckp nape tak mintak jadik cikgu.. Saya cakap dah cuba banyak kali ngak ada rejekii.

Gitulah alkisahnya. Ada persoalan??? boleh tanya di fb saya. Masukla memana pun. Norfaizah pun boley faizahtailor pun boley. Available. Akhir kata terima kasih kerana sudi melawati laman sesawang saya. Jumpa lagi daaa

2 Responses to Tentang FT

  1. spacer Pn. Liyana says:
    04/06/2012 at 1:46 am

    Sedihnya baca citer puan Faizah. Terharu, tersentuh semuanya ada. Semoga puan sukses di masa akan datang. Saya pun sama mcm puan, sayang sgt pada anak saya. Bersalinkn dia yg seorg sampai sya masuk ICU.
    Namun, saya belum ada cukup kekuatan utk meng’house wife’kan diri lagi walaupn ada buat biz kecil-kecilan. Tiap kali amik anak di nursery dgn ada kesan cakaran kt muka rasa mcm nk nangis je.
    Semoga kita sama-sama membangunkn kerjaya wanita di mata dunia & menjlnkn tggjawab sbg isteri & ibu dgn gembiranya. All the best! spacer

    Reply
    • spacer faizah says:
      04/09/2012 at 10:59 am

      Terima kasih bebanyak puan. Ija dapat sokongan penuh dr suami tercinta. Dia yg banyak berhabisan duit beribu ribu ringgit belikan ija mesin jait n mesin jait tepi bila ija ckp ija nak menjait. Bila orang asyik menekan ija ke bawah sbb ada degree tp tak keja dia yg naikkan ija semula.Lgpun takut nak bg anak org jaga.Nak dpt sorang punyala susah dr start mengandung sampai lahir sampai skg pun tak habis lg susahnya. Tp itulah anak tanpa dorang sunyilah rumah tangga.Lgpun ayah dorang sibuk. Takut nanti kalau ibu pun sibuk cari rezeki kat luar tak da sapa nak didik dorang.Tercampur aduk pulak antara yg halal dan haram.Semoga suatu hari nanti puan akan ada kekuatan utk berkerja dr rumah, dan semoga Allah sentiasa melindungi anak puan dan anak semua org. Terima kasih bebanyak puan atas doa dan sokongan. Semoga Allah memberkati kerja saya dan kerja puan.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a class="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>