Resepi Kek Batik Milo
By Amir Said On · 49 Comments
Bahan-bahan (1 dulang)
250 g biskut marie – patah 2
150 g butter
1 cawan milo
5 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar esen vanilla
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan air
4 biji telur
Cara-cara
- Campurkan milo, serbuk koko, esen vanilla, susu pekat, air dan telur di dalam periuk. Kacau sehingga sekata dan panaskan dengan api yang perlahan.
- Masukkan butter ke dalam periuk dan kacau sehingga adunan menjadi pekat. Kemudian tutup api.
- Masukkan biskut marie dan gaul sehingga sekata.
- Masukkan adunan ke dalam bekas dan mampatkan.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam sebelum dihidangkan.
Gambar (step by step)
Patahkan biskut marie menjadi dua kepingan.
Campurkan semua bahan kecuali butter.
Kacau sehingga sekata.
Panaskan campuran milo dengan api yang perlahan. Kemudian masukkan butter.
Setelah campuran milo menjadi pekat, masukkan biskut dan gaul sehingga sekata.
Mampatkan dalam bekas, biarkan seketika sebelum ditutup (untuk elakkan wap).
Sejukkan dalam peti sejuk.
Siap untuk dihidangkan
Terima kasih kepada housemate saya, Asyraaf Kadir yang sudi meluangkan masa untuk ambil gambar step by step.
Tagged with: Cara Membuat Kek Batik • Kek Batik Resepi • Resepi Kek Batik Biskut Marie • Resepi Kek Batik Coklat • Resepi Kek Batik Milo • Resepi Kek Batik Mudah • Resepi Kek Batik Simple
49 Responses to Resepi Kek Batik Milo
lama dah rasanya my mom tak buat kek ni. sedap sangat. layan je bila makan hehe…
mase bile nak letak telur?
step 1 kan dan letak telur.. hehe
kek batik ni wajib buat time raya. simple and sodapp
dah dekat 2 thn xmkn,last mkn adik ipar wat tp xckup le.dulu beli 1slice rm0.50 sen but now dh dpt resepi,just try at home le
Kalau beli mahal la akak. Baik buat sendiri je.
xsaba nk balik kmpung 2mgu lagi…nk try buat, nk bg adek2 rasa..
dapat gak respini. anak2 sibuk suruh buat untuk buka puas. nak cuba harap2 jadiek.
bla kli trakhr aku mkn kek ni pn aku x igt,dh lma x mkn,esk aku nk sruh mk aku buat.
pasti akan wat raye nih..^^
salam
saye pandai buat kek noe
tp mase nk pindahkan kek dr loyang ke pinggan tuh x pandai
dyer jd hancur~
Kek tu lembik sangat ke?
dah cuba buat kek nie, memang sedap, lazat dan yang penting mudah disediakan
Tahniah. Terima kasih kerana mencuba.
bkn ke kek batik ni x yah ltk air.klu ltk air nnti x menjadi lah.dia akn jadi cair
Tak cair pun. Panaskan dan kacau adunan dalam periuk tu sehingga pekat, kemudian gaul dengan biskut marie.
kalau guna telur gred lain boleh ke??
saya tak pandai buat kek ni sapa-sapa pandai tolong la ajarkan saya ya.
saya nak tngok sendiri cara macam mana buat biskut batik melo sebab sebelum ni saya dah cuba tapi tak jadi betul2 macam biskut batik melo coklat
saya harap dapatla sekiranya tunjukkan gambar biskut setiap adunan yang dibuat dari awal hingga habis selesai biskut batik
Ok next time saya buat balik kek batik milo ni. Saya tunjuk gambar step by step.
kek batik sedap sape tak makan tu rugi je…….!
nampak sedap jea,,,,
nmpk ssh,tpi snng jer
terima kasih di atas resepi yang diberi..sungguh sedap!
Terima Kasih atas resepi ni.
Mohon di share dalam fan page saya ya.
www.facebook.com/infoSIHAT
selain dari coklat, boleh guna perisa lain tak?
Saya tak pernah cuba. Tapi rasanya tak ada masalah kalau nak guna perisa lain seperti strawberry, blueberry dsb. Tapi kena pandai2 la adjust bahan-bahan tu.
sedap ni…my wife suka buat n aku n anak2 suka makan hehehe
fiza da try buat tapi nape lembik je jadi nye .klaw potong die xcantik .kepingan2 biskut 2 xnmpak .
terlebih air ke?
mcm mne nk bgi biskutnye ttp rangup bile mkn? first time sye buat biskut marienye rse lembik…
dh byk kali buat tp x reti nk bagi mampat tanpa nmpk comot. rasa sedap tp berterabur bila gigit. how?
kek batik nie hidangan untuk berapa org mengikut sukatan yang diberi tu ?
resepi biskut january august sehingga
for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.