Perlakuan Micron: Cara Kami Bekerja

Memimpin Melalui Kerja Berpasukan, Kepercayaan dan Kebertanggungjawaban

Memimpin melalui kerja berpasukan, kepercayaan dan kebertanggungjawaban mewujudkan suatu persekitaran untuk semua ahli pasukan berjaya. Ahli pasukan di semua tahap organisasi adalah pemimpin dalam situasi berlainan. Sama ada memimpin satu pasukan atau prestasi anda sendiri pada projek dan proses, setiap seorang daripada kita bertanggungjawab memupuk suatu persekitaran di mana kejayaan dikongsi bersama. 

Menerima Ketidaktentuan Perniagaan

Memahami Micron berada dalam suatu perniagaan yang tidak menentu dan perubahan sentiasa berlaku akan membantu anda menyiapkan diri dengan lebih baik untuk perubahan tersebut. Kami menerima dengan tangan terbuka ketidaktentuan dengan memfokuskan kepada Objektif Strategik syarikat, menetapkan sasaran jangka panjang dan pendek dan mendorong diri kami dan organisasi kami ke arah keptusan yang positif, tanpa mengira persekiran di mana kami berada.

 

Membuat Keputusan Menggunakan Data, Metrik dan Proses

Menggunakan penyelesaian masalah yang berkesan dan proses pembuat keputusan yang sistematik membantu setiap orang daripada kami membuat keputusan yang berkualiti lebih tinggi.

 

Menumpukan kepada Keperluan Pelanggan

Tanpa mengira fungsi kita dalam syarikat, kerja yang kita lakukan adalah pada dasarnya sama ada untuk pelanggan dalaman atau luaran. Kita juga pada masa yang sama adalah pelanggan dan pembekal.  Kita sama-sama memperoleh manfaat apabila kita kekal fokus kepada keperluan pelanggan kita bagi memastikan kita menggunakan sumber kita secara yang betul untuk menghasilkan keputusan yang berkesan.

 

Membuat Pembaharuan untuk Permintaan Pasaran

Kita sering berdepan dengan cabaran atau peluang baharu yang memerlukan penyelesaian yang kreatif. Dengan mencabar diri kita membuat perbezaan pada cara berfikir membolehkan kita kekal cergas dan mengambil kesempatan daripada situasi unik ini.

 

Memberi Tumpuan Tanpa Henti Kepada Kecekapan

Memberi tumpuan tanpa henti kepada kecekapan memerlukan set minda yang berterusan membuat pembaikan. Suatu usaha secara sedar ke arah pembaikan berterusan adalah penting kepada kejayaan peribadi dan profesional anda.

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.