spacer

Jadi Pakar PayPal Dalam Masa 48 Jam Sahaja - Atau Wang Anda Dikembalikan!

Atasi Segala Masalah PayPal Anda Dengan Panduan Video Dari Otai Internet Yang Berpengalaman.

Belajar langkah demi langkah asas menggunakan PayPal untuk perniagaan Internet. Muat turun ke komputer dalam HD atau tonton dalam iPad / iPhone.

Masih Tidak Menggunakan PayPal?

Tahu tak anda kunci kejayaan perniagaan Internet yang sebenar? Ianya tak ada kaitan dengan membuat website, membeli domain, setup hosting atau benda-benda teknikal yang lain. Malah, ia tiada kaitan langsung dengan produk atau idea anda.

Kunci kejayaan perniagaan Internet adalah PayPal. Kalau anda masih tidak mempunyai akaun PayPal, jangan berani bermimpi nak berjaya dalam perniagaan online, terutama sekali dalam arena global!

spacer

Apa itu PayPal?

PayPal adalah sistem pembayaran online (e-wallet) yang membolehkan anda menghantar atau menerima duit dalam bentuk digital. Dengan akaun PayPal anda sendiri, anda boleh menerima bayaran daripada pemegang akaun PayPal lain dengan cepat dan mudah. Malah, anda juga boleh menerima bayaran dari kad kredit.

Disini saya terangkan kepentingan PayPal dan mengapa anda harus mendapatkan akaun PayPal hari ini juga:

  • Membuka akaun PayPal adalah percuma - anda tidak perlu membayar setup fee atau yuran tahunan
  • Anda boleh membeli-belah di Internet dengan mudah, terutamanya membeli barangan dari luar negara
  • Dengan PayPal anda boleh menerima bayaran dalam Ringgit, USD atau 25 mata wang asing yang lain
  • Anda boleh menerima bayaran dari pelanggan diseluruh dunia - PayPal digunakan oleh pembeli dari 136 negara!
  • Jual produk digital, produk fizikal, servis dan juga tiket seminar anda dengan satu akaun
  • Dengan PayPal anda boleh berniaga di Ebay.com, Mudah.my dan website lain yang memerlukan PayPal
  • Anda boleh menyertai program affiliate luar negara yang hanya membayar komisen melalui akaun PayPal
  • Pindahkan wang dengan mudah dari akaun PayPal ke bank-bank tempatan, kad kredit atau kad debit anda

Untuk memudahkan anda bermula, kami telah menyediakan panduan langkah demi langkah dalam bentuk video dalam ruangan ahli PayPal Malaysia. Kesemua video tersebut menunjukkan skrin komputer saya sendiri di mana saya bongkar satu demi satu rahsia menggunakan PayPal untuk berjaya dalam perniagaan online.

Semua tutorial dalam Bahasa Melayu dan mudah difahami. Anda boleh menonton video tersebut secara online, atau muat turun video untuk ditonton dalam komputer, iPad atau iPhone anda. Saya yakin bahawa anda tidak akan menjumpai video berkualiti tinggi seperti yang kami sediakan di mana-mana pun. Daftar keahlian anda sekarang juga.


Automatikkan Perniagaan Online Anda

Dengan sistem invois terbaru dari PayPal, anda boleh menguruskan perniagaan anda dengan lebih sistematik dan automatik. Tak perlu lagi membuat invois secara manual menggunakan Microsoft Excel dan sebagainya!

spacer

Melalui sistem baru ini, yang kami terangkan dalam panduan video kami, anda juga boleh menerima laporan bulanan mengenai jualan dan prestasi perniagaan anda tanpa memerlukan apa-apa perisian atau software yang lain. Melalui panduan video kami, anda akan belajar:

  • Cara membuat PayPal "Buy" button yang basic ataupun yang lebih advance
  • Cara memasukkan PayPal button kedalam website atau blog anda
  • Cara setup sistem invois dalam PayPal dengan branding syarikat anda
  • Cara mengeluarkan invois baru untuk pelanggan anda dengan mudah
  • Cara mencari transaksi dan membuat refund dalam PayPal
  • Dan banyak lagi..

Selesaikan Persengketaan PayPal Dengan Mudah.

"PayPal Payment Disputes" atau persengketaan pembayaran adalah satu perkara biasa yang akan dihadapi oleh semua pengguna PayPal. Kalau anda tidak tahu menyelesaikan masalah ini, duit anda akan dirampas oleh PayPal dalam sekelip mata.

Ramai yang dah kena sebab mereka nak buat "trial and error" - masalahnya masa dah buat "error" duit anda dimakan oleh PayPal begitu sahaja! Ramai pula yang tak tahu cara menyelesaikan disputes dengan betul, jadi mereka biarkan sahaja tanpa berbuat apa-apa. Malangnya, apabila mereka tidak mengambil tindakan PayPal akan terus "freeze" akaun mereka.

spacer

Dalam panduan video kami, saya akan terangkan mengapa terjadinya persengketaan atau disputes, dan mengatasinya secara profesional. Saya juga akan membongkar strategi memastikan PayPal sentiasa memihak kepada anda dalam segala persengketaan (disputes), dan cara mendapatkan duit anda dalam 99% kes disputes.


Elakkan Masalah PayPal "Limited Access".

Kalau anda ada menerima banyak Disputes (seperti yang diterangkan di atas) dan anda tidak mengambil tindakan yang betul, PayPal akan "freeze" atau bekukan akaun anda. Masalah "freeze" atau "Limited Access" ini juga akan terjadi apabila anda tidak berhati-hati dan menggunakan akaun PayPal dengan cara yang salah, atau untuk tujuan yang tidak dibenarkan oleh PayPal.

spacer

Sesiapa yang pernah kena Limited Access tahu betapa susahnya menyelesaikan masalah ini. Kalau anda biarkan sahaja, PayPal akan terus block akaun anda - atau lebih teruk lagi - ban akaun anda. Semua duit yang ada dalam akaun PayPal akan dimakan oleh PayPal begitu sahaja, dan perniagaan Internet anda akan menjadi lumpuh.

Tambahan pula, apabila dah kena ban, anda tidak boleh membuat akaun PayPal yang baru seumur hidup anda. Kalau anda dah sampai tahap ini, mimpi anda untuk memiliki perniagaan Internet yang berjaya tidak boleh dicapai lagi. Game over.


Elakkan Dari Menjadi Mangsa Penipuan Scam.

Seperti yang saya dah kata tadi, PayPal adalah sistem pembayaran online yang terbesar di dunia. Oleh sebab itu, ada ramai penipu dan pakar scam yang menunggu peluang mereka untuk menipu pengguna PayPal seperti anda dengan macam-macam taktik kotor.

spacer

Kalau anda tidak tahu membezakan emel sebenar dengan emel dari scammer, sudah pasti anda akan bangun pagi esok dan mendapati akaun PayPal anda sudah dikosongkan.


Jangan Ikut Panduan Percuma Yang Dah "Basi".

Memang ada banyak panduan tentang PayPal dalam Internet, sama ada yang percuma atau berbayar . Tetapi dengan penuh yakin saya katakan bahawa 99% daripadanya sudah "basi". Sebagai contoh, artikel blog ini ditulis lebih dari tiga tahun yang lepas, tetapi masih ramai lagi yang membaca artikel tersebut dan cuba mempraktikkan apa yang diajar:

spacer

Ia mungkin ditulis dua atau tiga tahun yang lepas, atau mungkin ditulis oleh orang yang kurang berpengalaman dalam PayPal.

Panduan lama sepert ini, sama ada dari ebook atau artikel percuma dalam blog, sudah tidak boleh dipraktikkan lagi. Polisi oleh Pihak Paypal sentiasa berubah-ubah dan jika anda tidak mengikut polisi yang terbaru, anda menanggung risiko yang tinggi dan cuma tunggu masa sahaja untuk menimpa masalah yang tidak diingini.

spacer "Produk Yang Cukup Penting.."

PayPal adalah salah satu tools yang cukup penting untuk perniagaan Internet. Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang belum faham sepenuhnya fungsi dan penggunaan PayPal yang mana akan membantut perkembangan perniagaan internet mereka. Berita baik, produk ini akan membantu anda mengetahui fungsi dan penggunaan PayPal dalam masa yang singkat. Tahniah Gobala Krishnan di atas inisiatif untuk menghasilkan produk yang cukup penting ini!

Adly Mukhtar
Co-founder, Flarebiz Network Sdn. Bhd.

spacer "Paling Lengkap.."

Panduan berkenaan Paypal yang diterbitkan Gobala ini adalah panduan terlengkap yang pernah saya lihat setakat ini.

Penerangan berbentuk video tutorial ini sangat jelas serta langkah demi langkah diterangkan dengan terperinci. Saya yakin berpandukan 12 video tutorial ini, anda tidak akan mengalami masalah untuk memiliki dan mengurus akaun Paypal sendiri dengan selamat.

Hasbul 'Aqill
HasbulAqill.com

"Terbaik..Wajib Dimilik"

"Sebuah panduan PayPal yang cukup lengkap khas untuk rakyat Malaysia dari Gobala. Segala-galanya berkaitan dengan PayPal ada terkandung dalam video-video ini. Dulu ketika saya sendiri 'sangkut' pada kerana tiada panduan khusus yang menerangkan tentang PayPal. Panduan video dari Gobala adalah rujukan terbaik dan wajib dimiliki oleh mereka yang ingin membuka akaun Paypal."

Suhairi Shafie
AspirasiCyber.com

Melalui PayPalMalaysia.com kami akan pastikan bahawa segala panduan dan latihan yang kami berikan adalah 100% terkini, tepat, dan terbukti berkesan. Disebabkan kami memang menggunakan PayPal dalam perniagaan Internet saya setiap hari, kami sedar apabila perubahan berlaku dan kami bersedia merakankan video baru juka diperlukan!


Daftar Keahlian Ke PayPal Malaysia atau lihat senarai video tutorial PayPal


Bagaimana Nak Muat Turun Video?

Paypal Malaysia adalah laman keahlian (membership site) dimana anda akan daftar masuk ke ruangan ahli untuk muat turun video.

Yuran keahlian PayPal Malaysia hanya RM60 setahun. Yuran tahunan yang rendah ini membolehkan kami:

  • Memastikan semua video tutorial adalah yang terkini - PayPal sering kali mengubah sistem mereka
  • Menambahkan video tutorial yang lebih berguna dari masa ke semasa
  • Membayar kos hosting untuk video-video yang mempunyai saiz yang besar
  • Memberikan bantuan dan tunjuk ajar tambahan kepada semua ahli
  • Memasukkan lebih banyak bonus dari masa ke semasa ke ruangan ahli

Anda tidak wajib meneruskan keahlian anda untuk tahun kedua dan selanjutnya. Keahlian satu tahun dah mencukupi untuk anda belajar asas PayPal sepenuhnya, walaupun skill teknikal anda lemah.


Apakah Proses Menjadi Ahli?

Untuk menjadi ahli PaypalMalaysia, anda hanya perlu ikut langkah-langkah ini:

  • Klik butang dibawah untuk membuat bayaran sebanyak RM60 melalui JomNiaga.com
  • Bayaran boleh dibuat melalui PayPal, Maybank2u, CIMB Clicks dan ATM
  • Selepas bayaran selesai, anda boleh memilih username dan password anda
  • Kemudian daftar masuk ke ruangan ahli untuk menonton atau muat turun video

Buat Bayaran RM60 Dan Daftar Keahlian Anda Sekarang


Jangan tunggu lagi - PayPal dalah satu sistem penting untuk dipelajari oleh sesiapa yang ingin memulakan perniagaan Internet. Dengan panduan PayPal kami, anda tidak perlu membazirkan masa dan melakukan kesilapan-kesilapan besar yang merugikan.

 

Ikhlas,

spacer
Gobala Krishnan

P/S: Saya cukup yakin bahawa video tutorial yang saya berikan dalam laman keahlian PayPal Malaysia akan membantu anda menguasai PayPal untuk perniagaan Internet dalam masa 48 jam sahaja - kalau anda gagal berbuat demikian, hubungi saya dalam masa 30 hari dan saya pulangkan 100% wang yang anda bayar. Daftar sekarang untuk muat turun semua video.


Dapatkan Video Percuma

Masukkan nama dan alamat emel anda untuk mendapatkan tiga video panduan dari PayPal Malaysia secara percuma!

Jaminan Wang Dipulangkan

spacer Keahlian anda di lindungi oleh jaminan wang di pulangkan selama 30 hari dari JomNiaga.com.

Jika anda tidak berpuas hati dengan video latihan yang kami berikan, hubungi kami dalam masa 30 hari dari tarikh pembayaran untuk mendapatkan refund penuh.

Senarai Video

  • Mendaftar Akaun PayPal Baru
  • Sahkan Alamat Emel Dalam PayPal
  • Membuat PayPal Security Question
  • Topup Akaun PayPal Dengan Akaun Bank
  • Masukkan Kad Kredit / Debit Dalam PayPal
  • Sahkan (Verify) Akaun PayPal Anda
  • Membeli atau Membayar Dengan Akaun PayPal
  • PayPal Send Money atau Menghantar Duit
  • Memasukkan Akaun Bank Dalam PayPal
  • Pindah Duit Dari PayPal Ke Akaun Bank
  • Upgrade Akaun Ke Premier atau Business
  • Buat Buy Button - Bahagian 1
  • Buat Buy Button - Bahagian 2
  • Buat Buy Button - Bahagian 3
  • Cara Menyemak Butir Transaksi PayPal
  • Cara Buat Refund atau Pulangan Wang
  • Pengenalan Kepada Sistem Invois PayPal
  • Buat Invois Dengan PayPal - Bahagian 1
  • Buat Invois Dengan PayPal - Bahagian 2
  • Cara Membayar Invois PayPal
  • Program Affiliate Atau Agen PayPal
  • Nombor Telefon dan Alamat Emel PayPal
  • PayPal Limited Access - Pengenalan
  • Menyelesaikan Masalah PayPal Limited Access
  • PayPal Limited Access - Cara Menyelesaikannya
  • Menyelesaikan PayPal Dispute

spacer Hubungi Kami

  • Email: Emel Kami Di Sini
  • Phone: +603-79545278
  • Fax: +603-79545277

Incomattic Sdn Bhd, No3B, Jalan 14/20, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

spacer Share & Recommend

 

spacer Program Affiliate

Sertai program affiliate kami untuk menjana lebih dari RM64,800 setahun sebagai agen pemasaran! Pelbagai banner dan emel pemasaran disediakan. Dapatkan maklumat program affiliate disini.

PayPal is a registered trademark and is not the official sponsor of this site, nor does it endorse the tips and strategies we show you. Our instructions are purely our own based on our own experience using PayPal in Malaysia.

Copyright 2011 PayPal Malaysia. | Terms of Use | Disclaimer | Privacy Policy | No Spam Policy | Misc

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.