Siapakah Labanon?

Nama saya Adly bin Mukhtar ataupun lebih dikenali sebagai Labanon dalam dunia perniagaan internet. Saya dilahirkan pada tahun 1990 dan sangat bersyukur kerana sudah hampir 21 tahun diberikan peluang oleh-NYA untuk terus hidup di atas muka bumi yang sementara ini. Saya telah menghabiskan masa remaja di Kota Bharu Kelantan tetapi kini sudah hampir 4 tahun merantau di tempat orang. Sekarang saya menetap di bandar besar Kuala Lumpur.

Saya adalah salah seorang individu yang berada di dalam kumpulan hebat untuk membangunkan projek Niagakit, Mini Niaga, Sinar Niaga, Majalah Niaga, Komik Niaga, Educattic Mind & sebagainya.

spacer

Saya telah menubuhkan syarikat Flarebiz Network bersama seorang sahabat sejati iaitu Mohd Zhafran pada tahun 2007. Flarebiz Network merupakan syarikat teknologi maklumat yang menawarkan penyelesaian internet kepada orang ramai khususnya para usahawan. Buat masa sekarang kami masih lagi syarikat internet dot com kecil yang mempunyai 8 orang kakitangan yang sangat berbakat dan terbaik di dalam bidang masing-masing.

Bagaimana Saya Bermula?

Semenjak dua menjak ini saya kerap di ajukan dengan soalan di atas. Agak masak jugalah nak sentiasa memberikan jawapan yang sama kepada mereka sehingga berbuih-buih mulut saya. Oleh itu, eloklah saya nukilkan jawapan tersebut di sini supaya boleh dijadikan rujukan kepada sesiapa yang hendak mengenali saya dengan lebih dekat. Oh, lain macam jer bunyinya!

Secara ringkas, saya mula mengetahui mengenai perniagaan internet ketika berusia 16 tahun dan pada ketika itu saya berada di tingkatan 4. Setelah beberapa bulan belajar mengenai perniagaan Internet menerusi pembacaan dua buah buku iaitu Rahsia Jutawan Internet Terbongkar oleh Dr. Irfan Khairi & Rahsia Buat Duit Dari Rumah oleh Team Saifulsham, saya telah mengambil keputusan untuk buat duit melalui program Google AdSense.

Setelah beberapa bulan selepas itu, saya telah berjaya mendapat cek daripada Google yang bernilai $150 dan cek tersebut buat saya gembira tak hingat dunia. Alhamdulillah, dengan beberapa teknik yang saya belajar daripada forum WangCyber.com juga telah membuatkan saya mendapat cek adsense secara konsisten setiap bulan dengan jumlah purata $100. Oh, mungkin jumlah ini tidak banyak bagi anda semua tetapi bagi saya budak sekolah, itu adalah satu jumlah yang agak cool.

Mendapat RM10,000 Pertama Di Dalam Hidup?

Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai kawan-kawan mengajak saya untuk bekerja secara part-time. Tetapi saya telah menolak pelawaan mereka semua kerana saya ingin fokus terhadap perniagaan Internet. Setelah mengkaji mengenai perniagaan Internet yang sebenar menerusi buku, forum dan pertanyaan kepada otai-otai, saya rasa model yang paling sesuai untuk saya pada ketika itu adalah perniagaan produk informasi.

Daripada situ, saya telah wujudkan satu projek mengisi masa lapang setelah habis SPM dimana saya nekad untuk menjual produk informasi. Di pendekkan cerita yang ringkas ini, pada hujung tahun 2007 saya telah melancarkan satu e-buku yang bertajuk “101 Tip AdSense Terbongkar”. E-buku ini menerangkan tip-tip berdasarkan pengalaman saya buat duit melalui Google AdSense secara konsisten ketika di bangku sekolah. Dengan mempraktikkan teknik dan strategi penjualan produk informasi yang betul, alhamdulillah saya telah berjaya mencatat jualan RM10,000 untuk bulan pertama pelancaran.

Pertemuan Dengan Rakan Sekampung?

spacer

Akibat terlalu canggihnya Internet, saya telah bertemu seorang pemuda yang menjadi harapan orang kampung iaitu Mohd Zhafran menerusi Internet. Apa yang kelakar, walaupun kami satu kampung, tidak pernah pun bersua muka. Biasa lah, budak-budak zaman sekarang kan. Secara kebetulan, si Zhafran ini pun memang sedang menjalankan perniagaan Internet dengan menawarkan servis design di Internet. Fuh, design Zhafran pada ketika ini memang antara yang “terpower rangers” di pasaran tempatan. Sebagai seorang opportunist, saya telah mencuri jiwa Zhafran untuk sama-sama membangunkan sebuah syarikat yang diberi nama Flarebiz Network.

Kiranya Flarebiz Network ni memang bermula daripada bilik tidur masing-masinglah. Saya bekerja dari bilik tidur saya dan sebaliknya juga dengan Zhafran. Namun, kami telah mendapat keuntungan semenjak hari pertama Flarebiz Network ditubuhkan. Pada awal tahun 2008 banyak projek yang telah berjaya kami lancarkan seperti GaleriBatik, Rahsia10K dan sebagainya. Secara tidak langsung, passion saya semakin bertambah di dalam dunia perniagaan.

Nekad Untuk Keluar Daripada Universiti!

Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking.

Akhirnya, saat yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila result SPM telah diumumkan. Alhamdulillah, saya telah mendapat keputusan yang agak cemerlang dan telah merangkul sijil emas di sekolah. Tak silap saya, 30 orang jer yang dapat sijil emas daripada 600 orang. Ho ho ho! Pada ketika itu, remaja lain berlumba-lumba untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, namun entah mengapa ada sesuatu yang tidak kena dengan saya.

spacer Saya tidak minat lagi untuk belajar sesuatu dengan cara yang formal kerana sepanjang selepas SPM, saya telah belajar banyak perkara yang tidak ada dalam buku teks sekolah. Ini membuatkan saya excited dan sekali gus terkena wabak demam usahawan. Saya telah menolak beberapa tawaran untuk interview, tawaran ke matrik dan juga tawaran masuk ke universiti tempatan!

Setelah sebulan berlalu, arwah ayah telah memujuk agar saya cuba dulu masuk ke universiti untuk rasai sendiri situasi di sana sebelum membuat keputusan drastik. Akhirnya, saya telah melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti di utara dalam jurusan kejuruteraan komputer. Paling kelakar, saya hadir di universiti 2 hari lewat untuk 2nd intake dan membawa surat kemasukkan untuk 1st intake!

Memang terkejut habis lecturer di sana. Namun, kehadiran saya ke sana hanya mampu bertahan selama 7 hari sahaja kerana saya rasakan sangat rugi berada di sana. Rakan sebaya semuanya bercakap mengenai perkara yang menyeronokkan seperti game, lagu popular dan perempuan. Oh, saya perlukan rakan yang berbicara mengenai bisnes! Noktah untuk kehidupan sebagai seorang mahasiswa.

Merantau Demi Mencari Ketenangan…

Setelah berita mengenai saya berhenti belajar tersebar kepada saudara mara terdekat, semuanya menjadi serba tidak kena. Persekitaran yang dulu sangat mendamaikan tiba-tiba menjadi persekitaran yang sangat bercelaru. Majoriti saudara mara terdekat tidak bersetuju dengan tindakan saya kecuali ibu bapa saya yang memberi sokongan penuh.

Akibatnya, saya terpaksa merantau demi keluar daripada kemelut yang tidak akan berkesudahan. Entah mengapa, begitu susah manusia begitu skeptik dengan sesuatu tindakan yang diluar kebiasaan. Walaupun tindakan yang diambil adalah untuk kebaikkan dan bukannya keburukkan. Selamat tinggal Kelate. ;(

Bertemu Ramai Individu Hebat?

Pada tahun 2009, saya dan Zhafran telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan membuka office di Jalan Gombak. Di sini saya telah kenal ramai orang dan individu hebat. Banyak yang saya belajar secara tidak langsung daripada mereka. Saya juga belajar satu perkara, dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang terlalu mudah sepertimana rancangan di atas kertas.

Penghujung tahun 2010 adalah tahun yang agak getir untuk di tempuhi kerana saya telah kehilangan beberapa orang sahabat rapat di dalam bisnes. Seperti sebuah mimpi yang telah roboh. Alhamdulillah setelah terdiam seketika, Dia telah mencantumkan kembali mimpi-mimpi tersebut. Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada peristiwa ini, kawan.

Tahun 2011 semuanya bermula dengan nafas baru dari segi pengurusan dan hala tuju syarikat. Kekosongan posisi Flarebiz Network juga di isi dengan wajah baru. Benar kata pepatah Melayu, patah tumbuh hilang berganti.

spacer

spacer

Dari segi pendapatan, alhamdulillah syarikat kami sentiasa maintain mendapat 5 angka setiap bulan dan buat masa sekarang saya dan team sedang bekerja keras untuk menukarkan pendapatan syarikat kepada 6 angka sebulan.

Sekarang, Saya Adalah Api Yang Membara!

Sekarang hidup saya adalah Flarebiz Network. Saya makan, tidur, mandi, bermain dan segala-gala yang saya lakukan dalam kehidupan seharian bersama-sama misi Flarebiz Network di dalam hati saya. Saya mahu mencipta sejarah bersama syarikat ini. Saya lakukan ini bukanlah kerana wang ringgit tetapi kerana passion yang ada di dalam diri saya.

I’m not running a business because of the money I can make. I’m not being motivated by money at all, I just love doing business.

Kepada rakan bisnes, Mohd Zhafran dan warga kerja Flarebiz Network, semoga kita dapat menerajui Flarebiz Network ke tahap yang lebih gah sepertimana syarikat-syarikat dot com dari barat.

Perjalanan masih jauh, jadi bersambung…

Kisah Saya & Flarebiz Network @Media

Dengan bantuan seorang guru iaitu Tuan Zamri Mohamad, kisah saya dan rakan-rakan Flarebiz Network lain telah dimasukkan di dalam beberapa media massa khususnya akhbar.

Boleh melihat rujukkan berikut:

Di Kosmo!: Infiniti

Di Mstar: Manusia & Peristiwa

Di Yahoo News Malaysia

Di Bernama

Di MalaysianMirror

gipoco.com is neither affiliated with the authors of this page nor responsible for its contents. This is a safe-cache copy of the original web site.